Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Segala puji-pujian hanya padaMu, Tuhan sekalian alam. Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga serta para sahabat baginda sekalian....
Ini adalah kali pertama aku menulis....pernah suatu ketika dahulu, aku telah memuji artikel yang ditulis oleh seorang sahabat...katanya, itu adalah salah satu usaha kecilnya untuk berdakwah. Dia pun berkata kepada aku, “ana nantikan dari anti,” aku tidak berapa pasti, tapi rasanya begitulah lebih kurang kata-katanya (tapi jika salah, harap Allah ampun) kepadaku yang membuatkan aku terkedu... kenapa dia boleh berkata sedemikian rupa? Siapalah aku yang serba kekurangan berbanding dengan dia yang mempunyai ilmu yang luas, sentiasa dahagakan ilmu lantaran rasa cintanya terhadap ilmu... Namun, aku juga turut berasa terharu kerana kata-katanya itu seolah-olah dia menyakini bahawa aku juga bisa boleh menghasilkan nukilan yang boleh dibaca oleh umum....
Akan tetapi, aku tiada kekuatan....bahkan aku rasa rendah diri dan malu untuk mengarang, walaupun secebis ayat... Aku jadi takut, aku jadi khuatir..apa yang aku bayangkan ialah apabila umum membaca hasil tulisanku atau lebih tepat lagi apabila sahabat-sahabat aku sendiri yang mengenali siapa aku membaca coretanku (dan jika diizinkan Allah mereka peroleh manfaat)... dan mereka dapati, keperibadian aku tidaklah mencerminkan seperti apa yang aku karangkan... Lagipun, aku fikir, siapalah aku untuk mengarang bahan yang boleh bawa manfaat ataupun paling kurangnya dapat memberi sekelumit rasa kesedaran... sedangkan aku sendiri sangat daif dengan ilmu, serba kekurangan dalam pelbagai aspek... jadi, masakan aku boleh berbuat demikian? Aku jadi malu kerana aku taklah sesempurna mana tapi masih ada hati nak menghasilkan sesuatu nukilan yang bisa ditatapi oleh umum...
Setelah satu jangkamasa yang agak panjang, sekali lagi pintu hati ini bagaikan diketuk untuk melakukan sesuatu yang bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada diri sendiri bahkan juga kepada pembaca.... lagipun, jika aku berterusan bersikap takut, kata tak layaklah, itulah, inilah, alamatnya sampai ke sudah pun aku tidak akan menulis kerana manusia sememangnya telah dijadikan Allah kurang sempurna.... aku jadi teringat akan seorang hamba Allah pernah pesan kepada aku, “janganlah kau pandang siapa yang menasihati kamu, tapi pandanglah apa yang dinasihatinya...” ya tak ya...kenapa aku harus khuatir tentang persepsi mereka terhadap aku? Yang penting di sini, nawaitu aku mengarang yang lebih utama iaitu untuk mentarbiyahkan diri sendiri dan ingin memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca.
Untuk menulis, perlu ada idea. Dari mana idea itu datang? Sudah semestinya ilham yang tercetus dengan izin Allah (jika Allah tidak mengizinkan, walau sebaris ayat mahupun sepatah perkataan pun kita tidak akan mampu dinukilkan). Dari mana datangnya ayat-ayat atau kata-kata bernas atau fakta-fakta yang dikemukan dalam nukilan seseorang itu? Ia datang dari hasil “olahan” ilmu yang seseorang itu peroleh secara langsung dari guru, dari bahan-bahan yang dibaca dan dari pelbagai lagi sumber. Inilah salah satu sebab mengapa aku mula menulis kerana dengan cara ini, aku harap aku dapat mendidik diri aku untuk sentiasa mencari ilmu tidak kira ilmu dunia atau akhirat supaya aku dapat sampaikan dengan cara dan gaya aku tersendiri dengan harapan, agar diredhai oleh Allah SWT...
Akhir kata, salam perkenalan.... semoga kita semua dapat manfaat dan dapat berkongsi dan seterusnya bertukar pendapat...
Wasalam....
No comments:
Post a Comment