Assalamualaikum…
Hmm.. my clinical exams are just around the corner… by right, at this very moment, I should have been studying, refreshing my memories on my clinical knowledge & skills or make discussion with friends as these are clinical exams or more accurately to say clinical viva, so of course they will test our clinical skills & knowledge…
Hehehe…tiba-tiba cakap om putih pulak so kita cakap om sawa matang/ hitam manis/ sewaktu dengannya la pulak.hehehe...
Tapi, rasaya tak salah utk aku luangkan sedikit masa utk menulis... sementara "menunggu" mood aku utk mengulangkaji hadir kembali...hehehe...Kalini aku nak berbicara tentang pengalaman yang aku sendiri hadapi. Baru-baru ni, aku telah berhadapan satu situasi yang tak pernah aku bayangkan terjadi & nak dipendekkan cerita, aku berasa amat sedih sehingga meruntunkan jiwa aku yang sememangnya rapuh sejak azali... aku juga rasa malu lantaran kejadian itu... Betapa air mata menjadi teman setia aku ketika itu terutamanya apabila aku di atas tikar sejadah...
Walau bagaimanapun, kejadian tersebut telah pun berakhir dengan aman. Namun, tempiasnya tetap aku rasa, lukanya masih basah...terkenang itu, terkenang ini... aah, nampak saja aku seolah-olah mengungkit peristiwa ini bukan? Kata bersyukur, disebabkan kejadian ni aku telah peroleh azam baru, semangat baru, dah ambil iktibar, nah kenapa aku masih boleh berkata sedemikian rupa? Bahkan, aku telah mengambil satu langkah/ keputusan yang konon-kononnya diambil kerana aku juga punya hati untuk dijaga. Asyik-asyik jaga hati orang, tapi hati sendiri siapa nak jaga?
Namun, selepas sehari aku membuat keputusan tersebut, tiba-tiba aku terpikir, perit kan rasa sedih ni? Sakitkan rasa bila hati disakiti? Justeru, mengapa aku membangkitkan isu “Asyik-asyik jaga hati orang, tapi hati sendiri siapa nak jaga?” Maksud aku di sini ialah, jika kita sudah tahu bagaimana rasanya perasaan sedih itu, bagaimana rasanya perasaan sakit hati itu, jadi mengapa kita harus mengambil sesuatu tindakan atau mengeluarkan kata-kata yang kita tahu mungkin sedikit sebanyak akan melukai hati sahabat-sahabat kita? Kalau benar kita sayangkan sahabat-sahabat kita, nescaya kita akan berusaha untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti hati/ membuat sesuatu yang bisa buatkan sahabat kita berasa sedih lantaran kita sendiri sudah alami perasaan tersebut dan sudah tentu kita sebolehnya tidak mahu perkara yang sama menimpa sahabat kita itu.
Seperkara lagi, cuba kita hitung diri kita sendiri. Adakah kita pasti tindak tanduk kita atau kata-kata kita kepada sahabat kita selama ini semuanya baik & tidak menyakitkan hati? Mungkin ada dan kita tidak menyedarinya lantaran sahabat kita itu tidak pernah mengajukannya kepada kita. Cuba kita kenangkan kembali kebaikan-kebaikan yang telah sahabat kita lakukan kepada kita. Sudah tentu banyak bukan? Jadi, apalah sangat hendak dibandingkan perkara yang membuatkan kita sedih itu dengan kebaikan-kebaikan yang amatlah banyak yang telah sahabat kita pernah lakukan.
Marilah kita sama-sama menjaga hati sabahat-sahabat kita... jangan khuatir tentang siapa pula yang harus menjaga hati kita sendiri kerana yakinlah, Allah sentiasa ada untuk menjaga hati kita & kita seharusnya sentiasa memanjatkan doa agar Allah pelihara & didik hati kita...
ketahuilah...seorang sahabat yang baik adalah mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraan & kejayaan sahabat mereka yang lain..persoalannya, adakah kita seorang sahabat yang baik itu?
sesungguhnya, aku rasa bersalah terhadap sahabat aku itu...
No comments:
Post a Comment