Saturday, November 19, 2011

Musuh Iblis, Manusia

Kita tahu bahawa musuh utama iblis adalah manusia,itu janji iblis pada Allah. Iblis akan menyesatkan manusia sampai hari kiamat. Namun di situ iblis tidak akan berhenti selagi ada 15 orang yang benar-benar patuh dan taat kepada perintah Allah dengan sebenar-benarnya, iblis menganggap mereka ini adalah sebenar-benar musuh yang mesti dimusuhi dan terus diganggui kehidupannya.




Siapakah mereka?

15 Musuh Iblis.

1. Muhammad Rasullah s.a.w

2. Imam dan pemimpin yang adil

3. Orang kaya yang merendah diri

4. Pedagang yang jujur dan amanah

5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk

6. Orang Mukmin yang memberi nasihat

7. Orang Mukmin yang berkasih sayang

8. Orang yang sentiasa dan cepat bertaubat

9. Orang yang menjauhkan diri daripada segala yang haram

10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci

11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan menderma

12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya

13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang lain

14. Orang yang hafaz al-Quran serta selalu membacanya

15. Orang yang berdiri melakukan solat pada waktu malam, sedangkan orang lain sedang nyenyak tidur.

moral of the stori : Semoga kita dapat sama-sama bermuhasabah diri kita, agar terus menjadi manusia yang taat kepada Allah SWT. Wallahu'alam.

No comments: