Monday, September 5, 2011

Lucky U, Lucky Me

kata-kata seorang teman, kepadaku dulu..

"HE IS SO LUCKY TO HAVE YOU AS A LIFE PARTNER, TETAPI BERBALOI KE YOU SPEND THE REST OF YOUR LIFE WITH THAT KIND OF GUY?

ungkapan itu diucapkan oleh temanku, berbulan-bulan lepas, hmm mungkin tahun lepas kot.
yang pasti jawapannya sekarang, memang tidak. tidak berbaloi.

tengok fb status diorang - in a relationship since july 2010. woww. maveles.
at that time, saya ingat saya sedang berbahagia dengan dia. rupanya tidak.
saya sedang diduakan. hahahaha.
saya rasa saya putus dengan dia awal tahun 2011 kot.
bulan april?march?february?january?saya pun tak pasti.
saya dilepaskan kerana saya terlalu baik untuk dia, katanya.
semua orang buat silap.
saya silap kerana terlalu mempercayakan.
dia silap kerana menduakan.
perempuan tu pun silap kerana merampas.
but if that things that going to bring him and her, happiness.
go ahead then.
tengok perempuan tuh bukan main happy je sekarang. tahniah.
saya dah maafkan anda. dah lama maafkan.

terima kasih kepada mereka yang banyak bagi sokongan pada diri ini.

he is so lucky to get me, maybe.
but i'm very lucky because now i'm free!
free from thinking about him.
free from thinking about what that girl had done to me.
yesss!
i'm free from them.
and i don't want to bother anymore.

maka terjawablah segala sixth sense saya selama ini. see this. sejak mula2 lagi saya bley rasa benda nih akan terjadi. tapi saya pejamkan mata, tutupkan telinga dan berjalan dengan mengambil risiko. selama 3 tahun. now it's over!
and i'm very clear!Alhamdulillah. Allah show me my way. the best way.

kenapa perlu mengambil masa selama 3 tahun?
pertama kali saya kenal dia, saya dah tau perangai dia macam mana.
tapi saya bukan jenis judgemental. saya terima dia seadanya dia.
(orang2 tua kata sekilas itik dalam air, dah tau jantan ke betina. macam tu la aku. hebat tak aku dalam membaca manusia?hehe)
dia punya kelemahan, tapi aku simpan.
dia punya kekurangan, tapi aku diamkan.
dia juga punya kelebihan, moga dikekalkan.
sebab tuh orang nampak aku selalu happy jer...huhuhuhu.(sampailah korang baca blog nih dan tau cerita sebenar kan?tapi ini cuma summary, cerita sebenar panjang lagi)
aku berdoa dan sentiasa berdoa, supaya dia berubah, menjadi seorang yang baik.
sebab aku tau, dan aku dapat rasakan, suatu hari nanti dia akan bertukar jadi baik.
yang pasti, sekarang, dia belum cukup baik. so far, ade improvement sepanjang 3 tahun nih. overall, ok lah.
mungkin dia akan jadi baik, tapi mungkin selepas kehilangan aku.
mungkin.
dan jangan terkejut jika suatu hari nanti, dia akan jadi lebih baik dari Sham Kamikaze. hahahaha..
sebab tuh lah saya bertahan, selama 3 tahun. sebab saya nak tengok dia menjadi baik. bangun, berdiri, dan berjalan bersama-sama saya, tapi sekarang, saya perlu undur diri.
sebab haluan kita berbeza, cukuplah 3 tahun ini.
selamat berjalan, dengan perjalanan yang berbeza, buat kau dan aku.

bestfren dia, pernah bertanya padaku,
"sudikah kau menerima dia, jika suatu hari nanti, dia berubah menjadi baik"
dengan tegas, aku menjawab, "tidak"
bagi aku, peluang hanya sekali.
tidak pernah ada istilah second chance dalam kamus hidup aku.

dia telah membuat pilihan.
semoga perempuan pilihan kau itu tidak akan mengecewakan kau.
dan jika suatu hari nanti, perempuan itu melukakan hatimu, pandai-pandailah kau bangun dan berjalan sendiri. sebab aku, tiada lagi di sisi. (kenapalah instinct aku kuat menyatakan perempuan tuh bukan baik sangat!dia akan buat kau frust one day!owh, forgive my sixth sense)
dan berjanjilah pada aku dan pada Allah,
jika suatu hari nanti, ada perempuan lukakan hati kau, kau jangan lukakan lagi hati kaum-kaum ku. cukuplah aku jadi perempuan terakhir untuk dilukakan.
kembalilah pada Allah, saat kau jatuh.

tutup buku lama, bukak muka surat baru untuk buku baru.
buku baru kali ni kena dibuat dari hard cover. kerana utk digunakan sepanjang hayat.
insya Allah. saya pasti ada sesuatu yang indah menanti saya, jodohku. ahaks. yang pasti lelaki itu bukan ex boipren saya okiess!

and totally i'm happy with what i have today.
and of course, i'm happy happy and happy.
enjoyce the day to the max! =)

p/s : kepada lelaki2 di luar sana, jadilah lelaki yang baik. nak jadi lelaki gagah, mungkin mudah, nak jadi lelaki baik, agak susah. berusahalah.

p/s/s : kepada perempuan2 di luar sana, berusahalah untuk menjadi perempuan baik dan solehah. harta paling bernilai di dunia ini, adalah wanita solehah. mungkin juga sukar, tapi berusahalah.

pedoman untuk semua : jangan membina kebahagiaan daripada penderitaan orang lain. tidak ke mana hasilnya nanti.

panduan untuk saya : berusaha untuk menjadi seorang insan yang lebih baik, sebab saya yakin!ada seorang yang baik dan terbaik serta sangat baik, sedang menanti saya.piwitttt.hik hik.

moral of the stori : my first love is my biggest mistake. and my second love, will be my true love, that will last forever, with the bless from Allah. insya Allah :)

semoga yang terbaik, wahai Roszaila binti Ali.

No comments: