lagi sekali, perempuan itu request saya as friend di FB.
pelik dan keliru dengan perempuan itu.
dulu, 12/9/2010, dia pernah request aku sekali..tapi dia cakap ACCIDENTALLY..
adakah sekarang, 22/11/2010 pun masih accidentally?
takkan laa berkali-kali add as friend, masih ACCIDENTALLY..
ACCIDENTALLY? that girl is soooooo damn hypocrite!
maaf perempuan, saya tidak memerlukan mana-mana stalker dalam FB saya.
Jika dia mau berkawan dengan saya, bersembang dengan saya, dia boleh direct call saya, SMS saya atau YM saya. Tapi FB bukan tempat untuk saya berkawan dengan dia.
Saya bersusah payah menenangkan diri saya dengan segala masalah yang ada, menyedapkan hati ini. Dapatkan balik hidup saya. Di kala saya dah cool, perempuan itu lagi sekali datang nak buat porak peranda hidup saya. Saya memang tak faham. Serius tak faham.
Awak dah ada dekat dengan lelaki itu, takkan tak puashati lagi. Kenapa mesti ada manusia yang suka menganggu ketenteraman hidup aku. Owh. Pedih.
Sekarang, si lelaki dah tak contact saya. Tiada apa cerita. Apa status saya, saya pun tak pasti. Sudah lama begini. Saya tak tau. Perlukah saya stay menunggu atau angkat kaki? Saya pun tak pasti. Saya mahu dengar jawapan dari dia. Takkan laa nak istikharah sampai ambil masa berbulan-bulan. Kot ye pun nak istikharah, jangan la menyepi.
Sangat sakit, terlibat dengan cinta tiga segi. Sangat-sangat sakit apabila sebelah pihak lagi berada jauh beribu-ribu batu dari anda bersama pihak lagi satu.
Teringat kata-kata mak dia dulu. Bersungguh-sungguh menyuruh aku ke UK bersama dia. Berkali-kali tanya aku. Tapi aku taknak jadi selfish. Aku bukan selfish. Aku ada tanggungjawab di sini. Aku tak boleh lepas tangan macam tu. Aku percayakan dia. Sebab tu aku tak kisah dia nak ke UK dengan perempuan itu. Tapi aku tak sangka sampai jadi macam ni.
Aku tetap dengan pendirianku. Aku takkan ikut mana-mana lelaki unless dia adalah suamiku. Sekarang, aku adalah anak mak ayah aku. Jika ditakdirkan suatu hari nanti aku bersuami, maka baru aku akan mengikut ke mana saja halatuju suamiku.
Dulu, pernah dia minta aku kerja di KL. Tapi aku tetap nak balik Terengganu. Tempat aku di sisi mak ayah aku. We're involve in long distance relationship for 2 years. And everything's fine. but now, i dont even know. Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment