Saturday, December 31, 2011

Babai 2011

2011.
ada banyak cerita
masam manis kelat pahit masin payau tawar.
semua ada.
alhamdulillah.
dah nak berakhir dah tahun 2011 nih..
alhamdulillah..
makin bertambah usia kita dari hari ke hari.
dan semakin bertambah kematangan kita. insya Allah.
dan semestinya, semakin bertambah komitmen dan tanggungjawab dan amanah.
makin berat laa bahu nih menggalas...hehe

"hidup adalah ujian, apabila Allah uji kita, Allah sayang kita"

semoga 2012 membawa sinar hidayah kepada mereka yang masih dalam kegelapan.
sinar di hujung jalan bagi mereka yang masih mencari dan keliru memilih jalan.
dan pasangan hidup bagi mereka yang sedang mencari suami/isteri. (hahaha..aku laa tuh)

kisah 2011 kita jadikan teladan.
sebab 2012 bakal dimulakan
perjalanan yang tidak pernah tamat
selagi kita masih bernyawa.
berbanggalah kita kerana kita adalah hamba Allah.
dan Allah masih sayangkan dan cintakan kita.
adakah kasih sayang kita pada Allah sehebat itu?
jom fikirkan dan selamat bermuhasabah.



being a better person for 2012.

No comments: