Thursday, April 23, 2009

Itu Adalah Pengajaran

KEGAGALAN ITU UNTUK DITERIMA DAN DIAKUI
tidak perlu kita mencari siapa harus dipersalahkan sebagai penyebab kegagalan. Kita sendirilah yang bertanggungjawab atas setiap kegagalan yang terjadi. Langkah yang paling bijak adalah menerimanya sebagai kenyataan dan kita harus mengakui kegagalan tersebut (belajar untuk memaafkan diri). Hanya dengan mengakui dan menerimanya, beban akibat kegagalan akan terasa lebih ringan dan kita akan segera bersedia untuk meninggalkan kegagalan.

KEGAGALAN ITU MANUSIAWI DAN ALAMI
beribu contoh di sekitar kita yang menunjukkan kegagalan. Kegagalan itu sesuatu yang manusiawi, hal yang biasa, tiada aneh, tiada yang memalukan dan tiada yang menakutkan.

KEGAGALAN TIADA KAITAN DENGAN HARGA DIRI
kalau kita bereaksi negatif terhadap kegagalan, kegagalan itu akan terasa menyakitkan. Ada orang yang merasa malu, sedih dan keciwa ketika mengalami kegagalan. Padahal kegagalan dan harga diri adalah dua hal yang terpisah. Tiada yang menilai kita rendah kerana gagal. Kita sendiri.

KEGAGALAN BUKAN ALASAN UNTUK BERHENTI
ketika kita kecil, berapa kali kita mencuba belajar menyebut sepatah dua perkataan yang ingin disampaikan? Meskipun tidak jelas butir perkataan, kita masih mencuba untuk melontarkannya, kita terus mencuba sehingga kita boleh menguasai beribu-ribu patah perkataan. Jadi kita tidak ada pilihan yang lebih baik kecuali melanjutkan usaha, perjuangan dan apa sahaja yang hendak kita raih.

KEGAGALAN ADALAH SUKSES YANG TERTUNDA
dari kegagalan, banyak perkara yang lebih baik yang kita mampu lakukan, banyak kaedah yang dapat menghasilkan implikasi yang jauh lebih hebat dari sebelumnya, namun janganlah kita meraih kejayaan dengan memakan orang lain.

KEGAGALAN ADALAH PELAJARAN YANG AMAT BERHARGA
manusia dikurniakan kemampuan untuk belajar. Kita boleh mengambil pelajaran dalam setiap kegagalan yang kita alami. Setiap kali gagal, pastikan kita mendapat pelajaran berharga dan pastikan usaha berikutnya lebih bermutu.


Kepunyaan Allah lah segala langit dan bumi dan kepada Allah lah dikembalikan segala urusan (al-imran :109)


2 comments:

SEEPOT SEEDOT said...

ni taip ke copy?

p/s:SEMUA ORANG PERNAH GAGAL..

BonD JeLLa said...

taip...zmn borim2 dlu2 kala...hahaha