Monday, March 30, 2009

Kahwin. Adat atau Sunnah?

seorang ustaz pernah berkata

"untuk membina perkahwinan yang bahagia dengan cara Islam yang sebenar, mengambil masa sekurang-kurangnya 20tahun, maka, mulalah merancang halatuju perkahwinan anda sekarang"

merancang perkahwinan di sini, bukanlah bermakna anda memerlukan seorang wedding planner...
wedding planner biasanya diperlukan untuk wedding ceremony, itu saja...untuk merancang kelancaran dan flow sesuatu m
ajlis kahwin...kebiasaannya anda memerlukan wedding planner jika anda merancang untuk mengadakan perkahwinan yang havoc dan merepek2.
cth : majlis berinai, khatam Quran, bersanding, bertepung-tawar, dan macam2 lagi...

sedikit selingan kenapa majlis ini dikatakan merepek



berbalik kepada perkahwinan..basically, yang wajib dalam suatu perkahwinan adalah AKAD dan sunnat muakkad untuk mengadakan WALIMAH.

ini sedikit ilmu yg pernah aku belajar dulu

dari segi BAHASA, walimah bermaksud penyajian makanan dan minuman pada acara pesta penikahan dan acara pesta-pesta lainnya dengan mengundang orang-orang muslim agar menghadirinya.

dan dari segi hukum, menurut jumhur ulama bahwa walimah itu merupakan suatu amalan yang hukumnya “ Sunnah Muakkadah “. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW kepada Abdurrahman bin Auf :

Ertinya : " Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abdurrahman bin Auf “ Adakan walimah sekalipun hanya dengan seekor kambing." ( HR. Muttafaq 'Alaih )

Walimah dilangsungkan dengan maksud untuk pemberitahuan dan pengumuman kepada masyarakat bahwa kedua hamba Allah SWT telah melangsungkan akad pernikahan sehingga tidak mengakibatkan adanya fitnah. Dalam hal ini Rasulullah SAW mengisyaratkan dalam sabdanya :

Ertinya : " Umumkanlah ( akad ) pernikahan dan selenggarakanlah di masjid kemudian rayakanlah dengan suara rebana." ( HR. Tirmidzi )

dan menghadiri undangan walimah adalah wajib bagi orang yang diundang dengan motivasi untuk menunjukan perhatian, memeriahkan dan menggembirakan kepada shohibut bait. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda :

Ertinya : " Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : “ barangsiapa meninggalkan undangan, sesungguhnya ia telah durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya." ( HR. Bukhari )

sebaik2 nya, kepada makhluk2 yang dijemput, pergilah memenuhi undangan..
lain laa kalau anda tidak dijemput...hmm hmm hmm...

berbalik kepada hadis ini

Ertinya : " Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abdurrahman bin Auf “ Adakan walimah sekalipun hanya dengan seekor kambing." ( HR. Muttafaq 'Alaih )

dari hadis tuhh, kita bley nampak yang Rasullullah SAW menyuruh umat2 nya bersederhana, tapi zaman skang, bila kawen mesti banyak yang merepek dan kerepek...

kalau diikutkan
asal setiap sesuatu itu hukumnya harus. Jadi apabila tiada langsung unsur-unsur lain yang menyebabkannya haram, maka kekallah hukum harusnya.

apabila ada unsur tabarruj, insya ALLAH ada unsur takbur, riak, bangga diri dll.

apa itu tabarruj?
Erti tabarruj yang sebenarnya ialah membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata.

walimatul urus yang pada asasnya bertujuan baik, telah bercampur-aduk dengan elemen2 pembaziran, menunjuk2 dll.

untuk huraian lebih lanjut, sila baca kitab Fiqh Sunnah dan Halal dan Haram dalam Islam oleh Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi kerna hadis2 tersebut disedut dari sana...


p/s : aku pernah gi makan kat 1 kenduri kawen nihh ngn famili aku, dan aku ternampak gerakan2 montok seekor ulat dalam nasik aku...sokmo dalam nasik aku, ade haiwan dan binatang montok tersebut...kenapa dalam makanan orang lain takde?balik2 makanan aku jugakk...bukan sekali, tapi dah banyak kali beb!positively thinking, insya ALLAH aku btol2 murah rezki...hmm hmm hmm

moral of the stori : saya rindukan famili saya...saya rindu untuk cari gaduh dengan adik saya
moral of the stori : perkahwinan bukan untuk membebankan...sila permudahkan perkahwinan anda...
moral of the stori : sila pastikan kebersihan makanan anda semasa menghidangkan...biar sederhana tapi BERSIH!
moral of the stori : kurangkan elemen merepek dalam perkahwinan...
moral of the stori : matlamat tidak menghalalkan cara...adat tidak menghalalkan hukum...

jika permulaan perkahwinan dah ade upacara2 merepek, cmne utk mengekalkan perkahwinan yang bahagia dengan cara Islam yang sebenar?

sedikit ulasan tentang dunia hari ini daripada saya yang jahil dan naive...hmm hmm hmm...

4 comments:

SEEPOT SEEDOT said...

salute la kat zaila..

lepas ni kena baca buku Pendidikan Syariah Islamiyah semula rasanya,kalu dok paham,kena tnya Ustzah Engku Radziah...takut giler!

makan ulat InsyaALLAH akan mudahkan ingatan kita..hehe!

siapa Puan Suriati Ismail tu?

BonD JeLLa said...

wowww...klu dop paham, gi tny ustzh engku tuhhh....kacip tehh ye ngn ustzh engku...huhuhu..

pn suriati dlu ex-5muslim...

Suhaila S. said...

congratz pn suriati ismail..
hmm.. betul2.. i sokong 100% ape yg kamu tules..
semoga i dijemput ke sume kenduri sahabat handai, dan cuba memenuhi undangan secuba-cubanya.. hehe..

bab kawen ni, memang byk lening hok pelik.. hok wajib jadi ringan2, hok sunat pulok duk besor2kan.. pelik jugok..

btw.. kekgi kamu kawen, jgn lupe turun padang!! pakai roller blade kalo nk derah sket jalan tu hehehe

BonD JeLLa said...

woww..pakai roler blade...bijak cdgn itu...mungkin sy perlu belajar menggunakannya bermula dari skang...
practice makes perfect!