Assalamualaikum wbt..
la ni, cuti sekolah...cuti sekolah sememangnya cukup sinonim dengan majlis kenduri kahwin kerana cuti sekolah adalah antara waktu yg sesuai untuk mewar-warkan berita pernikahan putera/puteri kesayangan kepada khalayak selain daripada mudah untuk mengumpulkan sanak saudara dan seterusnya meraikan kedua mempelai.
bercakap mengenai perkahwinan, kita seringkali tidak lari daripada mengimpikan rumah tangga yg bahagia, di samping dikurniakan zuriat yg akan menjadi pengikat kasih di antara suami isteri. kita juga tidak lari daripada berangan-angan atau lebih tepat lagi menetapkan kriteria-kriteria tertentu untuk memilih calon suami kita nanti. kita seringkali mahukan ciri-ciri suami kita sebegini baiknya, sebegini rupanya, sebegini indahnya,sebegini akhlaknya, sebegitu istimewanya...dan tidak kurangnya mengimpikan seorang suami yg bisa memberikan layanan yg cukup sempurna dan istimewa..hmm...tetapi, tidakkah kita sedar, adakah kita ini cukup layak untuk digandingkan dgn lelaki yg seperti kita bayangkan & idamkan tadi? adakah kita sendiri sudah cukup istimewa? apakah kita sendiri sudah mempersiapkan diri untuk menjadi isteri solehah?
sesungguhnya, keistimewaan seorang isteri di mata suaminya adalah bagaimana dia sebagai isteri mentaati, menghormati, menyanjungi, memuliakan suaminya, bersyukur dengan suaminya, berkhidmat untuk suaminya, menjaga kebajikannya, tidak memasamkan muka di hadapan suaminya, menjadi penghibur & penenangnya...bukan itu sahaja, keistimewaan yg bakal si isteri peroleh jika ia lakukan semua ini kerana Allah, insyaallah ia akan diberi layanan yg cukup sempurna dari Allah di dunia akhirat kelak...jadi, tidak hairanlah berlakunya salah satu peristiwa di dalam israk mikraj di mana Rasulullah saw telah melihat di dalam syurga bahawa Allah swt telah memasukkan wanita ke dalamnya 500tahun lebih awal daripada suami mereka..
ada seorang sahabat pernah mengirimkan satu doa setelah kami berbicara tentang jodoh... doanya lebih kurang begini:
"Ya Rahman,
Kurniakanlah kami cintaMu,
Cinta orang yg mencintaiMu,
Dan dekatkanlah kami
Pada amalan yg mendekatkan diri padaMu.
Ya Muhaimin,
Jika kami jatuh hati,
Izinkanlah kami menyentuh hati insan
yg hatinya tertaut padaMu,
Agar kami tak terjatuh dalam jurang cinta nafsu,
Dan tetapkanlah hati kami,
Agar kami tak berpaling daripadaMu.
Ya Rabbul Izzati,
Jika kami rindu,
Rindukanlah kami pada mereka yg merinduiMu,
Dan jika kami menikmati cinta kekasihMu,
Jgnlah nikmat itu melebihi kenikmatan
Bermunajat pada 1/3 malam yg terakhir
kepadaMu....
subahanallah...boleh menitis air mata jika kita hayati bait-bait doa ini...betapa syahdunya rintihan si hamba sambil memuji-muji sang Pengciptanya dgn nama-namaNya yg indah, ia menyerahkan sebulat-bulat harapannya kepada yg Esa...tetapi, bukan itu sahaja sebab mengapa air mata ini perlu berderai...betapa kita harus sedar bahawa hinanya kita di pandangan Allah...bukan apa, masakan kita boleh berdoa sebegini rupa, jika diri kita sendiri tidak ada rasa rindu padaNya, cinta yg mendalam kepadaNya, menikmati keenakan bermunajat di hening malam terakhir kepadaNya...inikan pula mengharapkan pasangan yg sebegitu indah seperti yg dipohonkan di dalam doa di atas...tetapi walau apa-apapun, kita seharusnya tidak boleh berputus asa dalam berdoa..kerana doa itu adalah senjata kita umat Islam...
seperkara lagi harus diingatkan, jika kita direzekikan & diizinkan oleh Allah untuk melayari bahtera rumah tangga, kita bukan sahaja akan bergelar isteri yg akan membantu si "nakhoda"nya iaitu suami dalam setiap urusan dengan setianya serta menjaga keharmonian rumah tangga... bahkan akan bergelar ibu kepada bakal anak-anak yg merupakan satu tanggungjawab yang agak berat, kerana kitalah yg akan mencorakkan akhlaknya kelak...& lantaran itu, kita haruslah berusaha menjaga & mendidik mereka dgn begitu baik sekali (yg selebihnya haruslah diserahkan kepada Allah dgn berdoa)...lebih-lebih lagi, mereka adalah amanah dari Allah..sehubungan itu, adakah kita sudah bersedia?
wanita itu telah diciptakan Allah dari tulang rusuk kiri lelaki...justeru, suami isteri itu dikatakan saling lengkap melengkapi..dan seharusnya, handaklah saling menerima kelemahan & kekurangan masing-masing..
Sunday, December 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment