Alkisah disuatu pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada Cinta, Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan, Kesedihan dan sebagainya. Pada awalnya mereka hidup bersama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai datang menghempas pulau kecil itu tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.
Cinta sangat bimbang kerana ia tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta. tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.
"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!" teriak Cinta. dengan segera Kekayaan pun menjawab, "Ohh! maafkan aku Cinta", kata kekayaan. "Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu aku tenggelam. Lagipun tak ada ruang untuk kau di perahuku ini."
Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan sebuah perahu.
" Kegembiraan! TOLONGLAH aku!" TERIAK CINTA. Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan Cinta. Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.
"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!"teriak Cinta
"Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta mula menangis teresak-esak.
"Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak memperdulikan aku?" rintihannya sayu.
Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pula kesedihan dengan perahunya.
"Ohh, kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata cinta
"Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian..." kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya. Cinta sudah mula putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. "Oh Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa cinta?"
Pada saat yang kriktikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya,"Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.
"Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata orang itu.
Cinta pun bertanya lagi." tapi mengapakah dia menyelamatkan aku. Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku," Tanya Cinta kehairanan.
"Sebab, hanya waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu..." kata orang itu. setelah itu fahamlah cinta akan kepentingannya di dunia ini.
[ credit to : riyadhfannil for this nice stori ]
Moral of the stori :
Adakah cinta memerlukan kekayaan, kecantikan, kesedihan dan kegembiraan?
Kekayaan sering melupakan cinta tatkala ia kaya...
Kecantikan sering menyalahgunakan cinta tatkala ia cantik...
Maka, kesedihan dan kegembiraan adalah selang-seli kehidupan cinta...
Hanya waktu yang akan tahu betapa berharganya cinta...
Kekayaan dan kecantikan akan menyedari cinta tatkala ia kehilangan cinta...
Yang pasti, cinta memerlukan KEKUATAN...kerna kekuatan yang dapat mengatasi segala kesedihan dan kegembiraan yang wujud daripada kekayaan dan kecantikan...
Tapi...
Di mana kita peroleh KEKUATAN?
KEKUATAN YANG SEBENAR DATANG DARIPADA KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH
owh yer...jangan sempitkan fikiran kita dengan cinta manusia-manusia sahaja-lah!
cinta adalah universal..
cinta bersifat holistik...
cinta yang paling susah disedari (dan mungkin plg susah diperolehi) adalah cinta sejati...
cinta sejati adalah cinta ILAHI...
dari mana kita bisa peroleh cinta sejati itu?
tanyakan pada diri anda sendiri...
bagaimana anda mencintai ALLAH, tuhan anda?
bagaimana anda mencintai kekasih ALLAH, muhammad s.a.w, nabi anda?
bagaimana?
jawapan semuanya di dalam diri anda...
maka, THINK THICK!
Thursday, December 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment