Perkataan bahagia bermaksud, "Suasana tenang dan aman, aman damai serta gembira". Melalui definisi ini boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.
Namun keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.
Seseorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun ini semua adalah bukan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.
Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagu ciptaannya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun ini semua tidak bererti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.
Seseorang yang berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.
Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung
kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang berlaku setelah bahagia itu tercapai?
Si miskin telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu?Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi?Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.
What do you think it is???
Firman Allah dalam surah Ar-Ra'd, ayat 29, "Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya."
Itulah kebahagiaan yang sebenar.
Wallahu'alam
Saturday, October 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment