Sunday, October 12, 2008

Bila Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta...


hmm hmm hmm


Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pd kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Di antara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah :

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasakan kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

sumber : blog sape ntah :)

komenku : aku x tau btol ke x, sbb aku bukan lelaki...hohoh0...

5 comments:

Anonymous said...

kami tengah promosi blog kami. kami budak-budak UKM yang cuber nak jadi kool. walau pon kami cuber nak jadi kool, tapi kami tetap gagal. kami tetap dilabel sebagai poyo.

kalo sudi, jenguklah blog poyo kami di:

http://diskopi.wordpress.com

biar poyo jangan paip*!

paip ialah singkatan daripada pemuda/pemudi anti ilmu pengetahuan (PAIP). hehehe.

blog kami blog bilingual. bm ader, bi pon ader. macam-macam hal yang kami layan tulis. dari perkara serius sampailah kepada perkara sempoi dan santai.

kalo suker dengan blog kami, silalah beritahu kawan-kawan yang lain.

timer kaseh.

Fazeila Isa said...

wujud jgk blog seumpama itu..whch is blog poyo..ish3... bak kta org macam ada...

hehehe...zizan??? hehehe...tringt kisah i terkedu mlhat wallpaper lptop u d suatu ktka dahulu...huhu..sob sob...hahahaha...

wahwahwah...rjin btoi en arep wat test tuh..hmm...bile i nk wat ek??hehehe...

SEEPOT SEEDOT said...

satu lagi kot..lelaki sanggup kurus utk aweknya yg tercinta!!!

BonD JeLLa said...

to fazeila,

kisah zizan telah m'jadi suatu sejarah...sbuah kisah klasik utk masa depan....move on, move on~~~

btw, incek arif mmg terkenal dgn kerajinan nyer...ngeh3 :p

BonD JeLLa said...

ok..
update terbaru dari rino,
lelaki sanggup kurus demi aweknya..wowww...hebat!!